LAPORAN PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2015 DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH
NILAM 2014 PERINGKAT SEKOLAH
1.0 TAJUK PROGRAM
1.1 Majlis Pelancaran Program NILAM
2015 DAN Penyampaian Anugerah NILAM tahun 2014 Peringkat Sekolah
2.0 TEMPOH
PELAKSANAAN
Tarikh
: 12
Mac 2015 (Khamis)
Masa
: 8.00
pagi-9.30 pagi
3.0 TEMPAT
3.1 Dewan Syaffie Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Balah
4.0 OBJEKTIF
4.1.
Menjadikan murid banyak membaca( semua bidang , bahan berkualiti
dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan
peperiksaan)
4.2
Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan
warga sekolah.
4.3 Menggerakkan program dan
aktiviti galakan membaca
4.4 Meningkatkan minat membaca yang
berterusan
4.5 Memperkasakan pelaksanaan Program
NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat
4.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang
dunia pembacaan
4.7. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan
yang sihat dan membina kekuatan minda
4.8. Melahirkan tokoh murid yang
berketerampilan dalam bidang pembacaan
4.9. Menampilkan murid yang
mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti
5.0 AJK PELAKSANA
JAWATAN KUASA PELANCARAN PROGRAM NILAM
2015 dan PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM 2014
Seperti dalam lampiran
6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN
Seperti dalam lampiran
7.0 KUMPULAN
SASARAN
Semua pelajar SMK Kuala Balah
8.0
IMPAK
8.1 Mendapat
kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis Pelancaran
Program NILAM 2015 Peringkat Sekolah.
8.2 Dapat memberi pendedahan kepada murid tentang
dunia pembacaan
8.3 Mewujudkan daya
usaha untuk persaingan yang sihat dan membina semangat membaca di
kalangan pelajar
9.0 LAPORAN
Majlis Pelancaran Program NILAM 2015 dan Penyampaian Anugerah NILAM
bagi tahun 2014 telah diadakan dengan jayanya pada 12 Mac 2015 dengan kerjasama
daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan
dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Taklimat Pelancaran Program NILAM 2014 telah disampaikan oleh Encik Yahaya bin Mohd Noor. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud NILAM iaitu
singkatan daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan
penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan
secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Ucapan Perasmian Program NILAM 2014 telah disampaikan oleh
Encik Hashim bin Ismail, Pengetua SMK Kuala Balah, sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau
menasihatkan dan memberi peringatan kepada para pelajar supaya membiasakan diri
dengan amalan membaca tidak kira di mana sahaja berada. Disamping itu, beliau
menggalakkan para pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap
aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan acara pembukaan bunting sebagai
simbolik gimik Majlis Pelancaran NILAM yang dilaksanakan oleh Encik
Hashim bin Ismail.
Majlis diakhiri dengan persembahan mendeklamasi sajak dan seloka,
dan persembahan public speaking oleh pelajar SMK Kuala Balah. Majlis diteruskan
lagi dengan Nyanyian
lagu "Kawan Membaca” dan Nyanyian lagu "NILAM" yang disampaikan
oleh semua pelajar SMK Kuala Balah . Majlis bersurai
pada jam 9.30 pagi.
10.0PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada
pemupukan budaya membaca dansemangat membaca dikalangan pelajar. Semoga
dengan adanya programseumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar
disamping menjanaidea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
dikalangan warga sekolahserta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi.
11.0
LAMPIRAN
11.1
Gambar Pelancaran Program NILAM 2014
11.2 Buku Program
Disediakan oleh
:
(EN. VIKRAM A/L MENON)
Penyelaras NILAM,
SMK Kuala Balah.
Tahniah
ReplyDelete