Tuesday 28 April 2015

BENGKEL PENGURUSAN DAN PEMURNIAN PORTAL PSS

Tarikh: 28 & 29 APRIL 2015

Tempat: Dewan Bestari 1, PKG Jeli, Jeli

Bengkel ini telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada para Guru Media dan Perpustakaan untuk mengurus Portal sekolah masing-masing.

Program Anak Angkat Syarikat Muda Osman (SMO)

Pelajar SMK Kuala Balah, Afif Azraf dari 5 Ibnu Sina telah dipilih sebagai Anak Angkat SMO. Jadi, Afif dijemput hadir ke Kelantan Trade Centre (KTC) untuk menerima sumbangan buku dari SMO sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Tahun 2015 ke 40.



MARI MEMBACA BERSAMA 10 MINIT


Pada 23 April 2015 (hari khamis), Program 'Jom Membaca Bersama untuk 10 minit' telah diadakan di seluruh negari Malaysia. Semua Pelajar, Guru dan Staff  SMK Kuala Balah turut mengambil bahagian dalam program ini. 


LAPORAN PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2015 DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM 2014 PERINGKAT SEKOLAH

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2015 DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM 2014 PERINGKAT SEKOLAH

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Majlis Pelancaran Program NILAM 2015 DAN Penyampaian Anugerah NILAM tahun 2014 Peringkat Sekolah

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 12 Mac 2015 (Khamis)

Masa             : 8.00 pagi-9.30 pagi

3.0 TEMPAT

3.1 Dewan Syaffie Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah

4.0 OBJEKTIF

4.1.  Menjadikan murid  banyak  membaca( semua bidang , bahan berkualiti     dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

4.2  Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga  sekolah.

4.3 Menggerakkan  program  dan aktiviti galakan membaca

4.4  Meningkatkan minat membaca yang  berterusan

4.5 Memperkasakan pelaksanaan  Program  NILAM dengan penglibatan  yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat

4.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan

4.7. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan  yang sihat dan membina kekuatan minda

4.8. Melahirkan tokoh murid  yang  berketerampilan dalam bidang pembacaan

4.9.  Menampilkan murid  yang  mengamalkan ciri-ciri pembaca  yang  berkualiti

5.0     AJK PELAKSANA

JAWATAN KUASA PELANCARAN PROGRAM NILAM  2015 dan PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM 2014

Seperti dalam lampiran


6.0  AKTIVITI PELAKSANAAN

Seperti dalam lampiran

7.0      KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SMK Kuala Balah


8.0      IMPAK

8.1 Mendapat  kerjasama  daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis Pelancaran            Program NILAM 2015 Peringkat Sekolah.

8.2 Dapat memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan

8.3 Mewujudkan daya usaha untuk persaingan  yang sihat dan membina semangat membaca di kalangan pelajar


9.0      LAPORAN
Majlis Pelancaran Program NILAM 2015 dan Penyampaian Anugerah NILAM bagi tahun 2014 telah diadakan dengan jayanya pada 12 Mac 2015 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Taklimat Pelancaran Program NILAM 2014 telah disampaikan oleh Encik Yahaya bin Mohd Noor. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud NILAM iaitu singkatan daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca  yang merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ucapan Perasmian  Program NILAM 2014 telah  disampaikan  oleh  Encik  Hashim bin Ismail, Pengetua SMK Kuala Balah, sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan memberi peringatan kepada para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan membaca tidak kira di mana sahaja berada. Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan acara pembukaan bunting sebagai simbolik gimik Majlis Pelancaran NILAM yang dilaksanakan  oleh Encik Hashim bin Ismail.

Majlis diakhiri dengan persembahan mendeklamasi sajak dan seloka, dan persembahan public speaking oleh pelajar SMK Kuala Balah. Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian lagu "Kawan Membaca” dan Nyanyian lagu "NILAM" yang disampaikan oleh semua pelajar SMK Kuala Balah . Majlis bersurai pada jam 9.30 pagi.

10.0PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dansemangat  membaca dikalangan pelajar. Semoga dengan adanya programseumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar disamping  menjanaidea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolahserta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

11.0     LAMPIRAN

11.1   Gambar Pelancaran Program NILAM 2014
11.2    Buku Program

Disediakan oleh :                                        


(EN. VIKRAM A/L MENON)
Penyelaras NILAM,

SMK Kuala Balah.

AHLI JAWATANKUASA NILAM TAHUN 2015




AHLI JAWATANKUASA NILAM TAHUN 2015



Pengerusi:
En. Hashim bin Ismail 

Naib Pengerusi:
En. Yahaya bin Mohd Noor 
                
Guru Kanan Media/ Guru Pustaka:
 Pn. Merhani bt Abdullah

Penyelaras NILAM/ Setiausaha:
En. Vikram a/l Menon

Pen. Setiausaha:
Pn. Wan Noraiza bt Ibrahim

Bendahari:
En. Salleh b Musa

Penyelaras Tingkatan:

Pn. Kasmazeli bt Ali (Ting 1)
                                                      
Cik Siti Nurmadihah bt Wan Mat (Ting 2)
                                                     
Pn. Murni bt Yunus (Ting 3)
                                                    
Pn. Siti Fatimah Ibrahim @ Dollah (Ting 4)
                                                       :
 Pn. Mariam bt Kassim (Ting 5)

AJK:
 Semua Guru Bahasa SMK Kuala Balah


Pemenang Anugerah Nilam Tahun 2014





Pada tahun 2014, seramai 26 pelajar SMK Kuala Balah layak mendapat sijil pengiktirafan NILAM. Dalam pada itu, seramai 4 orang pelajar telah dipilih untuk menerima  sijil emas setelah mencapai bacaan terkumpul melebihi 220. 6 orang pelajar pula mendapat sijil Perak manakala yang selainya layak menerima sijil emas. Untuk makluman semua, Sijil Pengiktirafan Nilam Emas dan Perak telah pun  diedar kepada pelajar tingkatan 5 2014 apabila mereka datang ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM baru-baru ini. Berikut ialah senarai Pemenang Anugerah Nilam bagi Tahun 2014. 


Sijil Gangsa 2014

Kelas pada tahun 2014

1. CHE HAFIZA CHE HASSAIM 3 AL-BIRUNI 
2. ISMAIL BIN CHE MOHD NOOR 3 AL-FARABI 
3. ALIA NABILA BT RAMLI 2 AL-FARABI 
4. MOHD AIMAN BIN CHE HUSIN  3 AL-FARABI
5. MUHAMAD SYAFIQ B MAHAMAD @ ZAINAL ABIDIN   2 AL-FARABI
6. NUR AIN BINTI AZLAN  2 AL-FARABI
7. NUR AL SYAZWANA BINTI IBRAHIM 2 AL-FARABI
8. NUR AMALINA BT MOHD SHOFIE 2 AL-FARABI
9. NUR SAFIHA BT JOHARI 1 AL-BIRUNI
10. NUR FATIHAH BINTI CHE HUSIN 2 AL-BIRUNI
11. SITI HAJAR BT MAHMUD 4 AR-RAZI 



Apa itu Program Nilam?

Program NILAM merupakan program yang memberi peluang kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri membentuk tabiat membaca.

  Program ini merupakan salah satu program berterusan dijalankan sepanjang tahun.   Perlaksanaan program ini akan menjadi pemangkin dalam memudahkan proses pengajaran & pembelajaran yang menyumbang ke arah pencapaian akademik yang cemerlang serta membina masyarakat berbudaya membaca .


SISTEM GANJARAN TAHAP JAUHARI




SISTEM GANJARAN TAHAP RAKAN PEMBACA DAN CARA PENGUMPULAN DATA 

Majlis Pelancaran Nilam SMK Kuala Balah Tahun 2015




Pada 12 Mac 2015, Majlis Pelancaran Nilam Tahun 2015 dan Majlis Penyampaian Anugerah Nilam Tahun 2014 telah diadakan dengan jayanya di Dewan As- Syaffie SMK Kuala Balah. Majlis tahunan ini ditelah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua, En. Hashim Bin Ismail.  Persembahan daripada para pelajar dan persembahan slide (slideshow) memeriahkan lagi majlis tahun. Pihak PSS SMK Kuala Balah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan staff  SMK Kuala Balah 


                                    Brochure Pelancaran Nilam SMK Kuala Balah Tahun 2015 1 



Brochure Pelancaran Nilam SMK Kuala Balah Tahun 2015 2

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Kuala Balah



Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Kuala Balah telah diadakan dengan jayanya pada bulan Februari. Dalam Kejohanan ini, semua guru dan pelajar SMK Kuala Balah telah mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi acara ini. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori seperti:


a) Kategori Bawah 15 Perempuan dan Lelaki
b) Kategori Bawah 18 Perempuan dan Lelaki 


Top 10 pemenang setiap kategori ini telah diberi hadiah khas oleh pihak sekolah manakala Top 6 pemenang setiap kategori telah dipilih untuk mewakili sekolah di peringkat PPD Jeli. 








AJK Pusar Sumber SMK Kuala Balah


Barisan Pengawas Perpustakaan SMK Kuala Balah